aku sangat jiwang


Hafiz - Awan Nano

Wednesday 16 March 2011

Tak Sama Tapi Serupa

adakah skandal diantara lecturer dan student dibenarkan sama sekali dalam organisasi yang telah ditetapkan oleh UiTM?? mengapa masih ada lagi segelintir masyarakat yang sanggup melakukan perkara terkutuk itu?? mungkin nak dapat markah lebih untuk paper lecturer tersebut?? nak kan duit lecturer yang melimpah seperti ladang gandum??? mari kita saksikan bingkisan yang dipetik dari berita mingguan UiTM..(thesis statement nie)

(bukan dihati nak mengutuk,tapi niat itu ada)


maaf gambar tidak begitu cun seperti canon power shoot mahupun power root tongkat ali....gambar ini sama sekali benar dan tidak ada penipuan berlaku disini, kemesraan diantara lecturer dan student amat jelas terasa bahangnya disitu (ciap angkat peace bro)...saksikan lelaki dibahagian belakang, kata beliau ''saya heran dengan perlakuan ini, lebih-lebih lagi mereka menunjuk-nunjuk dikhalayak ramai, saya amat kesal berada dalam kelompok sebegini, apabila perkara ini terjadi depan mata saya, saya sedar bahawa saya amat mencemburui pasangan ini, lain kulit tapi sehati sejiwa''...

aku juga bertanya pada para contestant wanita (belakang kiri)...katanya..''hal ini menyentuh perasaan dimana mereka saling sayang menyayangi antara 1 sama lain, sukar untuk kita melihat kemesraan yang terjalin diantara lecturer dan student, saya amat berbangga mempunyai lecturer seperti EN.INI....

wanita yang sedang menutup hidungnya berkata "seraya perkara ini berlaku, hidung saya tiba-tiba terasa gatal bagai sudah lama tidak menyentuhnya (censored), saya hampir-hampir saja mahu mencium (censored) lelaki disebelah ini kerana perlakuan ini amat tidak dapat diterima pakai"



maaf sekali lagi kerana gambar ini langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk entry saya, actually tujuan aku menunjuk-nunjuk adalah kerna saja nak tunjuk, kereta ini dihadiahkan kepada aku masa hari lahir aku yang ke-25, sekarang baru 20...macam tak logik jer??bleh pakai ke kate-kate mamat nie??embarrassing...
sekali lagi pic nie adalah penipuan semata-mata kerna aku curi-curi snap mase tuan dier menghilangkan diri, niat hati nak beli satu, tapi duit ptptn tak masuk lagi...sem depan, sem depan....

selamat berbelok-belok...

No comments: